BERSAMA MEMBINA MASA DEPAN

Profil Kolej

Kolej Vokasional Matang terletak kira-kira 14 kilometer dari Bandaraya Kuching. Kedudukan Kolej yang berlatar belakangkan Gunung Serapi mewujudkan satu persekitaran yang cantik ke arah pembelajaran yang tenang, tenteram dan menggalakkan perkembangan minda pelajar. Kolej ini adalah di bawah pengurusan dan pentadbiran Bahagian Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional.


Objektif Kolej

Memberikan pendidikan asas dalam bidang Sains dan Teknologi kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dalam bidang tersebut dan membekalkan minat mereka, supaya membolehkan merekan melanjukkan pengajian dalam bidang yang berkaitan di institusi pengajian tinggi.


Visi Kolej

Vokmat Cemerlang 2022


Misi Kolej

Untuk mencapai kecemenrlangan 2022, warga kolej akan berusaha:-

  1. Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang.

  2. Melibatkan semua pelajar dengan aktif dalam aktiviti kokurikulum.

  3. Membina disiplin diri yang mantap dalam kalangan pelajar.

  4. Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus, berkualiti dan berkesan.

  5. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan ceria.

  6. Mewujudkan hubungan pintar dan mesra dengan komuniti.

  7. Pengurusan kewangan kolej cekap, cepat, teliti, telus, amanah dan bersih untuk mencapai sijil audit tidak berteguran

Penubuhan Kolej Vokasional

Penubuhan Kolej Vokasional merupakan satu usaha yang dirangka dan dilaksanakan di bawah Program Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional yang telah diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin. Justeru, semua Sekolah Vokasional di seluruh negara telah dinaiktarafkan kepad Kolej Vokasional mulai tahun 2013 dan beberapa buah Sekolah Vokasional telah dipilih menjadi perintis pada tahun 2012.

Perekayasaan sistem pendidikan vokasional akan dilaksanakan mengikut pelan tindakan strategik dalam tempoh 2011 - 2020 yang dibahagikan kepada tiga fasa iaitu Fasa Lonjakan (2011-2013), Fasa Peningkatan (2014-2016) dan Fasa Pemerkasaan (2017-2020)

Selaras untuk mencapai hasrat negara Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020, penubuhan Kolej Vokasional merupakan satu langkah tepat untuk merealisasikan cita-cita murni negara. Diharapkan penubuhan Kolej Vokasional mampu membantu menyumbang tenaga kerja mahir dan berkualiti untuk melonjakkan pendapatan dan ekonomi negara.


Objektif Kolej Vokasional

  • Menghasilkan pelajar berkompotensi pekerjaan aras tinggi dan menepati kehendak industri.

  • Memupuk watak profesional.

  • Melahirkan pelajar berkompotensi usahawan dalam bidang vokasional pilihannya.

  • Membekalkan ilmu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

  • Memupuk kecintaan kepada pembelajaran sepanjang hayat.


Konsep Kurikulum

Kandungan pembelajaran berasaskan kompotensi bekerja, keusahawanan dan insaniah dengan nisbah dimensi teori amalai 30:70


Jenis Program

  • Program sepenuh masa 4 Tahun (8 semester)

  • Program Apprenticeship 30% di kolej dan 70% di industri.


Hasil Penubuhan KV

  • 70% bekerja

  • 20% menyambung pelajaran

  • 10% usahawan

LAWATI KAMI

Kolej Vokasional Matang

Km 14 Jalan Matang,

93050 Kuching,

Sarawak.

Nombor Telefon : 082-641 582

Nombor Faks : 6082643558